Pages

Sunday, May 16, 2010

MUSLEEM YOUTH CAMP (MYC '10)

Assalamualaikum waRahmatullahi wabarakatuh sahabat-sahabat sekalian.. Apa khabar semua?? Apa khabar IMANmu? InsyaALLAH tidak berkurang ye..Di sini ada beberapa ANNOUNCEMENT dan minta perhatian kepada semua sahabat dapat perhatikan dengan teliti.. :)

*****

Gathering berupa kem akan dijalankan oleh kami World Of Islam di Sungai Congkak insyaALLAH..Cadangnya pada bulan 12.. Itu hanya cadangan dan harap sahabat-sahabat dapat memberi respon berkenaan ini..

Sila berikan butiran kalian seperti berikut : Nama, Tempat Tinggal / Tempat Belajar, Tarikh Cuti, No. Handphone anda supaya kami dapat menyusun jadual Kem ini.

Jika anda berminat dan insyaALLAH kami para Admin akan memilih tarikh yang sesuai untuk sahabat2.. Penyertaan terhad kepada 40 orang dan jika ramai yang berminat, kami akan menambah bilangan tempat insyaALLAH..

Pengisian insyaALLAH menarik, sebagai contoh : Debat, Sesi berbalas pantun dan sebagainya untuk mengeratkan lagi ukhuwwah antara sahabat2..

Penyertaan kepada ikhwah dan akhawat, sewaktu program Kem ini berlangsung insyaALLAH akan diasingkan jika tidak melibatkan aktiviti bersama..diharap dapat memberikan pandangan / comment anda - Admin WOI dan Committee KEM TITIAN MAHABBAH.

Ringkasan tentatif: ni tentatif contoh tarikh je ye..bukan tarikh betul
MUSLEEM YOUTH CAMP ’10 (MYC ’10)

TEMA:
Meniti Ukhuwwah, Menyebar Dakwah, Terbina Mahabbah

ANJURAN:
Gerakan Muda World Of Islam (GMWOI)

Jumaat (01 Oktober 2010)
08.00 malam : Semua peserta berkumpul di Stesen KTM Bandar Tasik Selatan, pendaftaran
08.45 malam : Bertolak ke kawasan kem
09.30 malam : Solat Isyak berjemaah dan ta’aruf
11.30 malam : Surah Al-Mulk dan Tidur

Sabtu (02 Oktober 2010)
04.45 pagi : Qiamullail Perdana
06.15 pagi : Solat Subuh berjemaah dan kuliah pagi (Surah Al Waqiah)
07.00 pagi: Riadah dan khidmat diri
08.30 pagi : Sarapan pagi
09.15 pagi: Pengisian 1
10.30 pagi: LDK 1 (Debat)
12.00 tengahari :Khidmat diri
12.45 tengahari :Makan tengahari
01.30 petang :Solat Zohor Berjemaah
02.15 petang: Pengisian 2
03.30 petang: LDK 2 (Berbalas pantun)
04.30 petang: Solat Asar berjemaah
05.00 petang: Riadah
06.30 petang: Khidmat diri
07.45 malam: Solat Maghrib, Kuliah, Solat Isyak berjemaah (Surah Yaasin)
09.00 malam: LDK 3
10.30 malam: Muhasabah
11.30 malam: Tidur

Ahad (03 Oktober 2010)
04.45 pagi: Qiamullail
06.15 pagi: Solat Subuh dan kuliah pagi (Surah Ar-Rahman)
07.00 pagi: Riadah, khidmat diri dan sarapan
08.30 pagi: Tadarus Al-Quran
10.00 pagi: Pick and give (cabutan hadiah)
11.00 pagi: Sesi Bergambar
12.00 tengahari: Bersurai

Hanya ringkasan dan akan tertakluk kepada perubahan..tarikh yang dinyatakan hanyalah sebagai contoh dan cadangan. Mungkin akan diadakan solat sunat hifzi (solat sunat penguat hafalan)..

2 comments:

Ummu El fateh said...

SALAM...smg kem ni berjaya dan dapat sambutan,ana xdpt join..tp akan sentiasa sokong woi...

Ummu Abiha said...

assalamualaikum...klu ana nk join cmne erk??????

Post a Comment

Chatbox